CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 18, 2008

Kampung Ku Syurga Ku.........






TokNgah kembali lagi.... tapi saper lah TokNgah yg orang nak nantikan. Udah tak de nama.. saper pon tak kenal,cuma TokNgah dan keluarga TokNgah jer.Dalam duduk sambil menghadap komputer buruk TokNgah nie,tibo-tiba jer terlintas nak cerita pulak pasal tempat yang TokNgah duduk sekarang nie.Tempat yang TokNgah duduk sekarang nie dipanggil Kampung sungai Kerang yang terletak di dalam kawasan Trong Perak. Diam tak diam dah dekat nak masuk setahun TokNgah tinggal kat sini.....cepat betul masa berlalu. Kalau nak di bandingkan sini dengan Tg.Piandang tak boleh lah. Kat sini tak de ape yg menarik,cuma sini TokNgah dah ramai kawan. Kawasan Sungai Kerang nie pon ramai jugak yang jadi nelayan dan kerja kampung.Kat sini petang-petang TokNgah selalu bawak putera kecik TokNgah tu pegi kat jeti tempat orang kelaut.cantik jugak permandangan dia,cuma tak boleh mandi jer.Terasa nikmat betul hidup di kampung,jauh dari hiruk pikuk kota yang sentiasa mengejar masa dan diselebungi debu. Sekarang musim org dok gila mancing Baung ngan Keli.tokngah teringin gak nak pancing...tapi akan kan daya......orang umah bawak baby lak. Tapi takpa..laen tahun boleh pancing balik..no hal !!!... Bila Kita jenguk lak belah Padang Gajah, kita akan terpandabg satu masjid yang tokNgah tengok cukup indah berlatarbelakangkan pokok-pokok. Dari TokNgah kecik sampai besar...masjid tu masih ada, eloklah tu....kan cantik dibiarkan apa yang asal...jangan pulak nanti bila buat baru.....yang lama dirobohkan.... Oklah semua...TokNgah dah letih nak menaip dan tokNgah jugak dah ilang idea....nanti2 kita jumpa lagi yer.... SALAM...babai

Wednesday, October 15, 2008

Indahnya Bumi Bertuah



TokNgah masih teringat tempat memula TokNgah duduk selepas tinggalkan kampung halaman TokNgah kat Taiping.tempat yang diberi nama Tanjung Piandang yang terletak di dalam daerah Kerian Perak.Walaupun tak lama duduk kat situi,sampai hari nie dok teringat lagi kat sana.tak tau kenapa....mungkin pasal kawasan sana cantik kot.Ada sawah..laut dan penduduk yang peramah.Kat Tanjung Piandang terdapat satu tempat yg cantik pada mata TokNgah,orang lain tokngah tak tau.kawasan tu dipanggil Ban Pecah.Pertama kali TokNgah pergi kat sana setelah diberitahu oleh adik lelaki TokNgah.Dia yang mula cerita pasal Ban Pecah nie pasal dia duduk dan kerja lama kat situ.mula-mula tengok tempat tu rasa kagum sangat dengan kebesaran Allah Taala.Di sebelah kanan laut yang terbentang luas mengadap Selat Melaka,sungguh mengasyikkan dan terpukau bila tiba terbenamnya matahari,dan di sebalah kiri pulak terbentang sawah padi yang menghijau.Susah nak cakap la macam mana TokNgah rasa....kalau ada masa,cuba lah korang pegi sendiri tempat tu.Kat Ban Pecah terdapat pulak gerai makan yang terkenal dengan masakan Kari Ikan Semilang yang pernah disiarkan kat Majalah Tiga.Malam-malam selalu la jugak TokNgah dok buang masa kat sana.Sambil-sambil pekena kerang rebus ngan teh tarik,dok layan lah jugak tengok orang dok karaoke kat situ.boleh tahan jugak veteran-veteran kat situ menyanyi.Sekarang dah hampir setahun TokNgah tinggalkan tempat tu,tapi TokNgah masih selalu jugak pergi pasal adik angkat TokNgah masih ada kat sana.Dia lah yang banyak tolong jagakan kedai TokNgah bila TokNgah ada apa hal.keluarga adik angkat TokNgah pon baik jugak.Pendek kata Tanjung Piandang adalah kenangan terindah dalam hidup TokNgah sampai sekarang.Kalau diberi peluang sekali lagi,tokNgah pasti akan kembali semula di tempat yang bertuah tu untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan...Insya ALLAH.

Friday, October 10, 2008

New Kids on the Block kembali



TokNgah citer sikit pasal kumpulan peberet TokNgah masa zaman sekolah dulu.TokNgah dulu cukup panatik ngan NKOTB.dari mula album Hangin Touch sampailah No More Game TokNgah beli.Masa tu saper tak kenal NKOTB...semua orang kenal,dari kecik sampai yg besar.Dianggotai oleh Jordan dan Jonathan Knight, Joe McIntyre, Danny Wood dan Donnie Wahlberg,diaorg telah menjadi fenomena pada tahun 90an dngan jualan album sebanyak 70juta unit diseluruh dunia (kurang 30juta untuk mengatasi rekod Micheal Jackson).Ini menjadikan mereka kumpulan paling berjaya hingga sekarang.Mula meletup dengan album Step by Step dengan lagu hit diaorg Tonight,Step by Step,If You go Away dan mula berpecah pada tahun 1994 selepas kegagalan album R&B diaorg bertajuk Face To Music.setelah tu masing-masing bawa haluan sendiri.Jonathan dengan dunia perniagaan,Joe,Jordan dan Danny masih dengan nyanyian dan Donnie pulak menjadi pelakon untuk filem seperti Six Sense..Band Of Brothers dan Dreamcatcher.Akhirnya setelah 15 tahun menyepi dan juga berjaya memujuk Donnie, diaorg dengan rasminya kembali pada 2 September 2008 dengan album terbaru bertajuk New Kids on The Block-The Block.Nil lah website diaorg http://www.nkotb.com

SENARAI LAGU-LAGU TERBARU DARI DIAORG:-

01. Click Click Click 3:44
02. Single (NKOTB And Ne-Yo) 3:55 03. Big Girl Now (featuring Lady Gaga) 3:29 04. Summertime 3:22 05. 2 In The Morning 3:25 06. Grown Man (featuring The Pussycat Dolls And Teddy Riley) 2:57 07. Dirty Dancing 3:37 08. Sexify My Love 3:31 09. Twisted 3:09 10. Full Service (featuring New Edition) 3:56 11. Lights, Camera, Action 3:04 12. Put It On My Tab (featuring Akon) 3:53 13. Stare At You 3:33 14. One Song 3:40 15. Don't Cry 4:11 16. Officially Over 3:59 17. Looking Like Danger 3:08
OKEY LAH YER...sampai sini dulu TokNgah dok mengarut....nanti kita jumpa lagi.
BYE BYE...
SALAMMMMM..!!!

Thursday, October 9, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Hari nie 9 Oktober 2008.....bermakna dah 9 hari kita berhari raya.TokNgah nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua yang mengunjungi blog TokNgah.Kalau ada salah dan silap yang TokNgah buat,harap dapat diampunkan.Raya tahun nie amat bermakna pada TokNgah kerana dapat berhari raya macam orang lain.Semua adik beradik TokNgah balik beraya di Taiping,termasuk mak dan adik-adik tiri TokNgah.Walaupun hanya mak tiri,dapat lah jugak Tokngah hilangkan rasa rindu pada arwah mama yang TokNgah sayangi.Kepada yang masih mempunyai ibubapa tu,sayangilah mereka sebelum terlambat.Hargailah mereka tika ada.INGAT...!!! Walau apa sekali pun salah silap dan cara mereka terhadap kita,mereka tetap ibubapa kita.Jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita tak ternilai dengan wang dan harta.Tiada apa yang mereka mahukan dari kita,cuma sedikit belaian kasih sayang untuk mereka tumpang bermanja..........
(p/s: inilah gambar kenangan bersama mama dan keluarga TokNgah

Permulaan pertama TokNgah


Hari nie permulaan pertama TokNgah dalam dunia Blog.Kita sendiri tahu dewasa ini para bloggers banyak yang menyalahgunakan kemudahan yang ada,ada yang memilih blog untuk menghentam kerajaan.Apa saja berkaitan kerajaan semua yang salah,tapi TokNgah takmau lah cerita pasal politik nie.buang masa saja....pendek kata,takdak pekdah nya.TokNgah nak cerita pasal kehidupan dan pengalaman TokNgah yang tak seberapa nie.

TokNgah dilahirkan pada tahun 1977.disebuah tempat yang dinamakan Taiping dinegeri Perak Darul Ridzuan.TokNgah adalah abang kepada dua org adik dan adik kepada seorang abang.Ayah TokNgah adalah pesara TLDM dan mama TokNgah telah kembali ke rahmatullah pada 13 September 2005.TokNgah telah berumahtangga dan mempunyai seorang putera yang comel dan nakal.