CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 15, 2008

Indahnya Bumi Bertuah



TokNgah masih teringat tempat memula TokNgah duduk selepas tinggalkan kampung halaman TokNgah kat Taiping.tempat yang diberi nama Tanjung Piandang yang terletak di dalam daerah Kerian Perak.Walaupun tak lama duduk kat situi,sampai hari nie dok teringat lagi kat sana.tak tau kenapa....mungkin pasal kawasan sana cantik kot.Ada sawah..laut dan penduduk yang peramah.Kat Tanjung Piandang terdapat satu tempat yg cantik pada mata TokNgah,orang lain tokngah tak tau.kawasan tu dipanggil Ban Pecah.Pertama kali TokNgah pergi kat sana setelah diberitahu oleh adik lelaki TokNgah.Dia yang mula cerita pasal Ban Pecah nie pasal dia duduk dan kerja lama kat situ.mula-mula tengok tempat tu rasa kagum sangat dengan kebesaran Allah Taala.Di sebelah kanan laut yang terbentang luas mengadap Selat Melaka,sungguh mengasyikkan dan terpukau bila tiba terbenamnya matahari,dan di sebalah kiri pulak terbentang sawah padi yang menghijau.Susah nak cakap la macam mana TokNgah rasa....kalau ada masa,cuba lah korang pegi sendiri tempat tu.Kat Ban Pecah terdapat pulak gerai makan yang terkenal dengan masakan Kari Ikan Semilang yang pernah disiarkan kat Majalah Tiga.Malam-malam selalu la jugak TokNgah dok buang masa kat sana.Sambil-sambil pekena kerang rebus ngan teh tarik,dok layan lah jugak tengok orang dok karaoke kat situ.boleh tahan jugak veteran-veteran kat situ menyanyi.Sekarang dah hampir setahun TokNgah tinggalkan tempat tu,tapi TokNgah masih selalu jugak pergi pasal adik angkat TokNgah masih ada kat sana.Dia lah yang banyak tolong jagakan kedai TokNgah bila TokNgah ada apa hal.keluarga adik angkat TokNgah pon baik jugak.Pendek kata Tanjung Piandang adalah kenangan terindah dalam hidup TokNgah sampai sekarang.Kalau diberi peluang sekali lagi,tokNgah pasti akan kembali semula di tempat yang bertuah tu untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan...Insya ALLAH.

0 comments: